Just be yourself.
harini cerita, esok lain cerita.

September 5, 2013 @ 4:10 PM | 0 Tough People(s)



Bagaimana hari anda? Baguuussss?
Yes! Finally! Harini trial SPM telah pun tamat. Eh kejap, sebenarnya ada lagi paper untuk esok tapi subjek tu tak penting langsung bagi budak SPM macam kitaorang ni. Cewaahhh! Eleh, Pendidikan Jasmani jeh pun. Haaa?! penting ke? Tak kannn...


So anyway, pagi tadi bila dah siap-siap nak pergi sekolah tetiba hujan turun dengan lebat-selebatnya. Dah lah naz pergi sekolah naik motor hmmm...
Bagi korang lah kan, sebagai seorang perempuan dan bagi yang lelaki sedang membaca blog ini, cuba bayangkan korang jadi perempuan "sekejap" dalam situasi yang naz nak cerita kan ni. 
Kalau korang naik motor adakah korang akan redah hujan yang sedang turun dengan lebat tu?


 Okay, sesetengah orang akan cakap
 "alaaa redah jelah, bukannya apa pun basah jeh nanti"
dan setengah lagi akan cakap
" Gila nak redah hujan yang lebat tu? Aku dah lah perempuan. Bawa motor masa hujan bukannya senang. Nanti kalau kemalangan aku juga yang kena"

Masing-masing ada pendapat sendiri. Right? Kemudian disebabkan pagi tadi hujan naz pun tunggulah hujan tu reda sikit and then baru naz pergi sekolah. Sampai jeh sekolah, Guess what? 
Naz kena demerit sebab datang lambat --' 


Lepastu bila dah kena demerit, masuk jeh kelas  letak bag dekat tempat naz and then pergi dekat ika kena marah pula. Nak tahu dia cakap apa? 
"Asal lambat?"
"Tu, tak nampak? Hujan kan?"
"Orang lain boleh jeh bawa motor masa hujan. Sampai basah kuyup tadi"
"er tu diorang"
" Tahu tak orang kena marah tadi sebab. . . . ."

Stop! Sampai dekat situ naz dah tak ingat apa dia cakap yang tahu dia kena marah dengan guard sekolah sebab tak boleh letak helmet dekat pondok. Masa tu, hati membara jeh tapi naz fikir positif dua tiga kali+sabar.


 Memang salah naz juga sebab datang lambat. Tapi dia tak fikir panjang ke? Kalau naz excident masa hujan yang lebat tu? Macam mana? Dan macam mana pula kalau naz mati masa tu?


Dah lah bawa motor yang macam nazak pun ada dan motor ni juga dah lah "alergic" kena air. Bila kena air jeh motor tu  sekejap berhenti sekejap jalan. Tak ke membahaya kan keselamatan namanya tu?


Agak-agak bagi dia, mana yang penting? Keselamatan naz ke? Atau dia kena marah dengan guard sekolah tu?

Hahaha tapi benda dah lepaskan so naz hanya cerita sahaja dan benda ni takdalah simpan dalam hati sangat, selagi kita boleh fikir positif selagi tu kita boleh kawal. Tapikan rasa sentap+sedih+terkejut jugalah :') 


a war | via Tumblr 




Older Post | Newer Post
Kaixo

Sesungguhnya, menjadi diri sendiri lebih baik daripada mengharap menjadi yang lain.


Entries About Links


Screaming Here !